
Perlukan skrin gantian iPhone 12 mini? LCD gantian ini membaiki telefon yang kacanya pecah, mempunyai tompok warna, sentuhan bergerak sendiri atau paparan yang tidak menyala. Skrin berbeza antara model iPhone, walaupun dalam siri yang sama, jadi semak model tepat anda di Settings, General, About sebelum membuat tempahan.
Ia dilindungi waranti 1 tahun Nex9 Tech (tertakluk kepada terma). WhatsApp pasukan kami di Malaysia melalui butang pertanyaan untuk stok semasa dan harga mengikut gred.